FAQ

Frequently Asked Questions – Umum

Bagaimana untuk mendapatkan produk Natalia?

Anda boleh mendapatkan produk Natalia di stokis-stokis berhampiran dengan tempat anda atau telefon terus ke HQ atau email ke info@natalia.my. Untuk senarai stokis anda boleh melayari laman sesawang Natalia (www.natalia.my).

Apakah beza Natalshape dan Natalicious?

Natalshape adalah susu bernutrisi untuk ibu yang melahirkan dan menyusukan bayi manakala Natalicious adalah susu bernutrisi untuk ibu hamil. Kedua-duanya dirumus daripada bahan-bahan semulajadi terpilih dan sumber makanan Sunnah.

Saya berminat untuk menjadi stokis Natalia. Bagaimana caranya?

Stokis terbuka kepada semua yang berminat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan belian minimum sebayak 20 kotak (1 karton) dengan harga stokis. Anda boleh membuat belian di mana-mana pengedar utama yang terdekat. Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon pengedar utama di pautan http://natalia.my/buletin. Selain dari komisen yang menarik, nama dan nombor telefon anda akan dipaparkan di website ini dan mana-mana majalah yang mengiklankan produk Natalia.